JUARA dunia Formula Satu (F1), Nico Rosberg mendedahkan dia akan terus terlibat dalam dunia permotoran walaupun sudah membuat keputusan bersara musim lalu. Rosberg mengumumkan persaraannya musim lalu selepas merangkul trofi dunia di Abu Dhabi musim lalu. Bagaimanapun bekas pelumba kelahiran Jerman itu belum memutuskan komitmen yang bakal diberikan dan bertegas tidak akan kembali ke litar. "Saya lebih positif dengan cara baharu dan selesa dengan perancangan tersebut. "Apa yang pasti, saya mahu kekal dengan dunia permotoran dan apa sahaja yang berkaitan. "Namun tidak akan kembali sebagai pelumba, tidak mungkin. Saya sangat bersyukur dan mengharungi cabaran hidup selepas bersara. "Saya telah menerima mencapai apa yang dikehendaki. Kini, kehidupan baharu saya merupakan cabaran yang lebih besar (seperti dalam F1). "Saya mahu berjaya, tetapi kini perlu memutuskan apa yang hendak dilakukan malah perlu sedar saya bukan lagi seperti seorang pelumba," kata bekas pelumba pasukan Mercedes itu.