ARSENE Wenger mahu kekal sebagai pengendali Arsenal namun bimbang dengan komitmen Mesut Ozil. Jurulatih kelahiran Perancis itu sebelum ini dilapor mahu meninggalkan kelab berkenaan selepas beberapa kekalahan memalukan namun akhirnya menyatakan ingin kekal di Emirates Stadium. Walaupun mengetahui kedudukannya tidak lagi disenangi penyokong Arsenal, tetapi Wenger dilapor mahu memastikan kelab tersebut mengakhiri Liga Perdana Inggeris di kelompok empat teratas. Wenger dikatakan bimbang dengan komitmen Ozil dalam setiap perlawanan selepas pemain tersebut mengalami kecederaan hamstring jangka panjang ketika menentang West Brom, Sabtu lalu. Berikutan itu, pemain-pemain Arsenal lain juga bimbang Ozil tidak dapat membantu mereka dalam perlawanan seterusnya selepas ini.