suria

Bapa Aidil Zafuan, Zaquan Adha Meninggal Dunia

Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh.

SEREMBAN: Bapa kepada pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada Selasa.

Abd Radzak Salleh, 68, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga pada pukul 4 petang tadi. 

Anak ketiga Allahyarham, Mohd Zafran, 43, berkata bapanya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan lanjut penyakit asma dan masalah usus. 

Beliau berkata Allahyarham dimasukkan ke wad di HTJ petang pada Isnin selepas kesihatannya semakin merosot. 

"Keadaan beliau yang semakin lemah memaksa kami meminta bantuan ambulans untuk mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital," katanya kepada pemberita.

Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang tegas oleh anak-anaknya, meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Menurut Mohd Zafran, jenazah akan dikebumikan di Makam Haji Mohd Said disini, pukul 11 pagi Rabu. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain