KUCHING: Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas dikejutkan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Or Chin Chung pada Rabu. Sokongan peminat yang memenuhi Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini gagal membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan utama kejohanan, apabila tewas 17-21, 21-23 dalam masa 36 minit. Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16. Pasangan Kah Ming-Juan Shen menamatkan permainan dalam masa 37 minit. - BERNAMA