suria

Milovan Rajevac Dilantik Jurulatih Baharu Thailand

Milovan Rajevac

BANGKOK: Milovan Rajevac dari Serbia telah dilantik oleh Thailand sebagai jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan negara itu selepas Kiatisuk Senamung meletakkan jawatan berikutan prestasi pasukan itu yang mengecewakan pada kempen kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

“Beliau akan melaporkan diri pada 4 Mei dan mula membuat persediaan untuk Thailand menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia akan datang menentang Emiriyah Arab Bersatu di Bangkok pada 13 Jun," kata pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Thailand (FAT)  Witthaya Laohakul pada sidang media, Rabu.

Semasa kempen kelayakan sekarang, pasukan “Gajah Perang” itu hanya mampu mengutip satu mata daripada tujuh perlawanan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat yang akhirnya mendorong peletakan jawatan Kiatisuk atau lebih dikenali sebagai "Zico" di kalangan peminatnya.

Selepas Kiatisuk meletak jawatan, FAT menjalankan usaha selama sebulan untuk mencari penggantinya dan menerima permohonan daripada beberapa jurulatih terkenal termasuk jurulatih skuad Piala Dunia Brazil,  Carlos Dunga, bekas jurulatih Thailand dan Jamaica Winfried Schafer dan bekas jurulatih Manchester United Rene Meulensteen.

Rajevac, 63, berjaya mengemudi skuad Ghana ke suku akhir semasa Piala Dunia 2010 selain berkhidmat sebagai ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan Qatar dan Algeria.

Menurut media tempatan, jurulatih warga Serbia akan menerima gaji 2 juta Baht (kira-kira RM250,00) sebulan sama seperti yang dibayar oleh FAT kepada Kiatisuk

Milovan Rajevac, Thailand

Artikel Lain