suria

Skuad Wanita Negara Tidak Hairan

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara mendedahkan pencabar yang perlu diberi perhatian oleh mereka menjelang saingan sukan SEA Ogos ini.Ketua jurulatihnya, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, walaupun berdepan Thailand, namun skuad berkenaan tetap dengan pendirian untuk mempertahan emas negara dalam sukan berkenaan.

"Saya ada mendapat berita bahawa mereka ada berlatih selama dua bulan di Korea Selatan bagi persiapan Sukan SEA nanti."Ini bermakna, mereka benar-benar serius untuk merebut pingat emas daripada kita.

"Malah ada juga khabar bahawa presiden hoki mereka  (Datuk Seri Chaiyapak Siriwat) akan meletak jawatan sekiranya Thailand gagal meraih emas di Kuala Lumpur nanti.

"Jadi kita tidak boleh pandang ringan mengenai impian Thailand itu walaupun prestasi pasukan negara jauh lebih baik daripada mereka," jelasnya kepada media pada sidang media Program Kita Juara, Selasa.

Mengenai persiapan skuad wanita menjelang Sukan SEA ini, Dharma memberitahu secara keseluruhannya skuad berada dalam prestasi terbaik.

"Buat masa terdekat ini kami lebih memberi fokus kepada Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL), Pusingan 3 di Belgium Jun ini.

"Sebelum itu kami merancang untuk menjalani beberapa siri persahabatan di Amsterdam.

"Liga di Belgium nanti merupakan aksi penting negara bagi melayakkan diri ke Piala Dunia, dan kami akan cuba melakukan yang terbaik.

"Kita berada bersama pasukan-pasukan hebar seperti New Zealand, Australia, Sepanyol dan tuan rumah Belgium.

"Namun ia tidak mematahkan semangat para pemain kerana berdasarkan pengalaman, semuanya boleh berlaku."Jika layak ke suku akhir, secara automatik kita boleh ke Piala Dunia," ujarnya.

Tambah Dharma, selepas kembali dari Belgium, barulah skuadnya akan fokus kepada Sukan SEA.

Sebagai rekod, Malaysian Tigress berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut pada 2013 (Myanmar) dan 2015 (Singapura).

Hoki, SEA, Thailand

Artikel Sebelum

PKNS Akui Kehebatan Kedah

Artikel Berikut

'Bonus' Menanti Kedah

Artikel Lain