suria

PKNS Akui Kehebatan Kedah

Elavasaran (merah) memberi arahan kepada pemain-pemain dalam satu sesi latihan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: PKNS FC berkeyakinan tinggi untuk memberi saingan terbaik ketika bertemu Kedah dalam aksi Liga Super, Selasa malam apatah lagi dengan kelebihan tempat sendiri.

Tanpa menafikan kehebatan Kedah, Ketua Jurulatih skuad Semut Merah, E. Elavarasan percaya ianya tidak akan mengganggu fokus pemain-pemainnya untuk melakar keputusan yang baik pada pertemuan itu.

"Prestasi semua pemain bertambah baik dan bagi saya kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

"Saya berharap pada perlawanan malam ini, kami mampu mengutip mata penuh, lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaiamanapun pengendali berusia 52 tahun itu mengingatkan anak didiknya supaya konsisten dalam setiap perlawanan bagi memastikan kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super.

"Keadaan semua pemain juga amat baik, tidak ada sebarang kecederaan serius dan sentiasa bersedia".

PKNS FC kini berada di tangga ke-10 liga dengan mengumpul 10 mata berbanding Kedah yang menguasai tempat ketiga.

Dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini, PKNS FC mencatat keputusan tiga seri dan dua tewas.

Manakala rekod terakhir PKNS bertemu Kedah di Stadium Darul Aman pada April lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

PKNS, Liga Super, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain