BAHANG aksi perlawanan akhir Piala FA, pahang bertemu Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu ini semakin terasa, dan pastinya dinantikan buat penyokong kedua-dua pasukan. Menurut seorang penyokong skuad Tok Gajah yang ingin dikenali sebagai Bammad, kelab penyokong 'Elephant Army' sudah mula membuat persediaan tersendiri dan bakal tampil dengan kejutan pada malam itu.