suria

United Rugi £21 Juta Jika Gagal Ke Liga Juara-Juara

MANCHESTER United telah mengesahkan bahawa mereka akan mengalami kerugian  £21juta daripada perjanjian dengan Adidas jika gagal ke Liga Juara-Juara.

United akan berdepan Ajax dalam perlawanan akhir Liga Europa di Stockholm Rabu depan, dengan pemenang secara automatik akan menempatkan diri bersama kelab terbaik Eropah lain dalam saingan Liga Juara-Juara.

United yang mengeluarkan laporan kewangan suku tahunan mengesahkan jika kelab ini kembali ke Liga Juara-Juara mereka akan mendapat manfaat bernilai £40 juta hingga £50 juta, berbanding £15juta hingga £20 juta jika mereka kekal dalam Liga Europa.

Ketua Pegawai Kewangan United, Cliff Baty, mengakui kegagalan mengalahkan Ajax akan menyaksikan kelab itu mengalami dua kerugian ketara iaitu, kehilangan pendapatan dan kehilangan pendapatan daripada Adidas.

"Kami telah sebutkan tentang kesan ini sebelum ini," kata Baty.

"Ia adalah pengurangan 30 peratus dalam pembayaran tahun berikutnya.

"Penerimaan tajaan Adidas tahun depan adalah £70 juta jika kita berada dalam Liga Juara-Juara, jika tidak, ia akan menjadi 30 peratus kurang dari jumlah itu, iaitu pengurangan £21 juta.

"Bagi kami, hadiah yang lebih besar adalah Adidas dan Liga Juara-Juara," katanya.


Adidas, Manchester United

Artikel Sebelum

Kenapa Pilih Vingada?

Artikel Berikut

Artikel Lain