JOM kenali kekuatan pasukan Kedah dan Pahang yang akan membuat perhitungan di pentas final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. PAHANG Gelaran: Tok Gajah Gelanggang: Stadium Darul Makmur, Kuantan Rekod terdahulu: Liga Super: 1987, 1992, 1995, 1999, 2004 Piala Malaysia: 1983, 1992, 2013, 2014 Piala FA: 2006, 2014 KEDAH Gelaran: Helang Merah Gelanggang: Stadium Darul Aman Rekod terdahulu: Liga Super: 1993, 2007, 2008 Liga Perdana: 1992, 2002, 2006, 2015 Piala Malaysia: 1990, 1993, 2007, 2008, 2016 Piala FA: 1996, 2007, 2008 LALUAN KE FINAL PAHANG Pusingan Kedua Johor Darul Takzim II 2 - 4 Pahang Pusingan Ketiga Pahang 2 - 0 Melaka Suku Akhir Pahang tewaskan Johor Darul Takzim (dengan agregat 4-3) Separuh Akhir Pahang tewaskan Negeri Sembilan (dengan agregat 3-1) KEDAH Pusingan Kedua Kedah 4 - 2 Kuala Lumpur Pusingan Ketiga Perak 0 - 2 Kedah Suku Akhir Kedah tewaskan PKNP (dengan agregat 6-1) Separuh Akhir Kedah tewaskan Terengganu (dengan agregat 4-0) PAHANG: Formasi: 4-4-2 PENJAGA GOL - Wan Azraie Wan Teh PEMAIN PERTAHANAN - Matthew Davies (K), Heo Jae-won, Muslim Ahmad Faisal Rosli PEMAIN TENGAH - Nor Azam, Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam,Fransisco Insa PENYERANG - Mohamadou Sumareh, Matheus Alves KEDAH: Formasi: 4-4-2 PENJAGA GOL - Ifwat Akmal PEMAIN PERTAHANAN - Fitri Omar, Khairul Helmi Johari (K), Zac Anderson, Rizal Ghazali PEMAIN TENGAH - Syazwan Zainon, Akram Mahinan, Badrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi PENYERANG - Sandro Mendonca, Ken Ilso Final Piala FA: PENJAGA GOL: (Kedah 60-40 Pahang) Penjaga gol Pahang, Wan Azraie Wan Teh menjadi sandaran utama buat Pahang tetapi pemain berusia 30 tahun itu mungkin gementar apabila melakukan penampilan pertama dalam final pertama kariernya menjelang aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, esok. Kedah memiliki dua penjaga gol yang hebat untuk aksi final Piala FA - Ifwat yang mana telah mempamerkan prestasi cemerlang buat pasukan Helang Merah pada musim ini termasuk persembahan mantap ketika menentang Selangor dalam aksi final Piala Malaysia musim lalu sekali gus meletakkannya sebagai penjaga gawang nombor satu tetapi rakan sepasukannya, Farhan yang merupakan bekas pemain Harimau Muda turut memiliki keupayaan hebat mengawal gol Kedah. PERTAHANAN: (Pahang 60-40 Kedah) Pahang dilihat memiliki pelbagai pilihan di bahagian pertahanan bermula di posisi kanan Matthew Davies, Ahmad Nordin Alias, Mohd Afif Amiruddin, Muslim Ahmad dan tonggak Korea Selatan Heo Jae-won yang mana mereka memiliki kelebihan di dalam situasi set-piece. Pemain pertahanan kiri, Faisal Rosli dan Zubir Azmi pula dijangka tidak akan disenaraikan di dalam skuad utama Pahang. Kedah dijangka tidak akan disenaraikan di dalam skuad utama Pahang. Kedah dijangka akan menerima suntikan moral jika pemain pertahanan kelahiran Australia, Zac Anderson yang sekadar menjadi pemanas bangku simpanan pada aksi kedua separuh akhir Piala FA lalu ekoran masalah kecederaan, mampu turun beraksi menentang Pahang. Kapten Helang Merah, Khairul Helmi Johari akan dibantu pemain pertahanan kanan, Rizal Ghazali dan di posisi kiri, Fitri Omar dijangka kembali bergandingan dengan Anderson dan kelebihan untuk Kedah di dalam situasi set-piece nanti. PEMAIN TENGAH: (KEDAH 60-40) Kedah memiliki 'enjin' lebih baik sebagaimana mereka miliki perancang import, Liridon Krasniqi dan peledak, Baddrol Bakhtiar menguasai di bahagian tengah. Pemain sayap mereka, Akram Mahinan dan Syazwan Zainon memiliki kelajuan dan kreativiti untuk memecah benteng pertahanan Pahang. Pemain sayap, Farhan Roslan juga boleh tampil sebagai pemain gantian untuk menambah 'bisa' pada jentera serangan skuad Helang Merah. Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dijangka akan mempertaruhkan Joseph Kalang Tie, Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Fransisco Insa sebagai usaha untuk pecahkan dominasi gandingan Liridon dan Baddrol. Skuad Tok Gajah pula memiliki dua pemain gantian terbaik; Christie Jayaselan dan Nurridzuan Abu Hassan yang boleh mencipta peluang jaringan daripada posisi sayap. PENYERANG: (Pahang 70-30) Skuad Tok Gajah hampir jelas memiliki jentera serangan terbaik di dalam Liga M buat masa ini dengan kehadiran peledak Brazil, Matheus Alves dan penyerang Gambia, Mohamadou Sumareh apabila kedua-dua pemain itu menjaringkan 15 gol keseluruhan buat Pahang di dalam kesemua kejohanan musim ini. Kedah memiliki sepasang penyerang iaitu bintang Denmark, Ken Ilso dan pemain kelahiran Brazil, Sandro Mendonco apabila kedua-dua pemain itu mengumpul 11 gol keseluruhan pada musim ini tetapi gandingan penyerang Helang Merah dilihat tidak konsisten seperti dipamerkan oleh Alves dan Sumareh. RAMALAN KESEBELASAN UTAMA KEDAH DARUL AMAN PENJAGA GOL IFWAT AKMAL, 21 Nama pemain muda ini mula meningkat naik sejak dipromosi daripada skuad akademi untuk menjadi penjaga gol No.1 Kedah dengan membantu pasukannya memenangi Piala Malaysia musim lalu tetapi dia sekali lagi bakal diuji dengan jentera serangan Pahang. PERTAHANAN MOHD FITRI OMAR , 31 Pemain pertahanan kiri ini memiliki mentaliti sebagai pemain penyerang. Larian pantas menjadi kelebihannya ketika membantu jentera serangan mahupun benteng pertahanan Kedah. KHAIRUL HELMI JOHARI, 29 Pemain pertahanan berpengalaman ini memiliki karakter pemimpin secara semula jadi. Kelebihannya membawa pergerakan lawan bertambah menjadi semakin baik dan dia dijangka akan mengawasi ketat pemain-pemain Pahang. ZAC ANDERSON, 26 Pemain pertahanan yang memiliki ketinggian 1.91 m ini adalah komponen penting buat benteng pertahanan Kedah sebagaimana dia juga mampu memberikan kelebihan di dalam situasi set-piece. RIZAL GHAZALI, 24 Wira Piala Malaysia musim lalu dan sehingga kini, dia bermain dengan penuh keyakinan. Corak permainan Rizal bertambah semakin matang dan kini tidak lagi melakukan terjahan secara melulu. PEMAIN TENGAH SYAZWAN ZAINON, 26 Pemain serba boleh. Bermain sebagai pemain sayap kiri. Memiliki teknik larian yang pantas, hantaran berkualiti dan rembatan kencang dari luar kotak penalti. AKRAM MAHINAN, 24 Perancang pasukan yang boleh bermain di mana-mana posisi tengah dengan memiliki skil tinggi serta pantas. LIRIDON KRASNIQI, 24 Nadi pasukan Kedah dan pakar set-piece. Kualitinya adalah hantaran tepat yang mana mampu memecahkan benteng pertahanan pasukan lawan. BADDROL BAKHTIAR, 29 Dilabel sebagai pembunuh senyap, pemenang tiga kali Piala Malaysia ini adalah karakter penting dan magisnya sekali lagi ditagih untuk membantu Kedah menerusi gol atau peluang cipta jaringan bertemu Pahang. PENYERANG SANDRO MENDONCA, 26 Penyerang Brazil ini bijak menghidu peluang yang dicipta rakan-rakan sepasukan selain memiliki sentuhan berbisa di depan gawang pasukan lawan. Sandro yang kini menikmati musim ketiga bersama Helang Merah, menjadi pemain kesayangan peminat-peminat Kedah. KEN ILSO, 34 Salah seorang penyerang terbaik di Liga M. Seorang penyerang semula jadi dan memiliki kelebihan fizikal untuk melakukan jaringan di dalam apa jua situasi. PEMAIN TUMPUAN Kedah - Baddrol Bakthiar Pemain ini sentiasa bergerak bebas dan Pahang harus mengawal ketat pergerakan Baddrol sebagaimana dia mampu mencipta ruang, peluang serta memiliki sentuhan untuk menjaringkan gol. Pertemuan menentang Pahang bakal menjadi aksi keenam final dalam aksi domestik buat Baddrol. PAHANG DARUL MAKMUR PENJAGA GOL WAN AZRAIE WAN TEH, 31 Muncul sebagai penjaga gol terbaik dan prestasi cemerlangnya telah membantu Pahang layak ke pentas final Piala FA tahun ini. PERTAHANAN MATHIEW DAVIES (Kapten), 22 Kapten Tok Gajah kembali memperkuatkan benteng pertahanan selepas bergelut dengan masalah kecederaan lutut. FAISAL ROSLI, 26 Pemain pertahanan kiri bakal menjadi kelebihan buat skuad Tok Gajah tetapi dia akan berdepan ujian getir ketika bertemu dengan Kedah di Shah Alam. HEO JAE-WON, 33 Pemain Korea Selatan ini menjadi nadi utama benteng pertahanan Pahang dan kebolehan mengarahkan susunan serta motivasi kepada rakan-rakan sepasukan bakal ditagih ketika bertemu Kedah tetapi dia harus cepat pulih daripada masalah kecederaan hamstring jika mahu bermain di pentas final Piala FA. MUSLIM AHMAD, 28 Muslim dilihat telah menemui rentak bersama Pahang dan mula menjadi peranan penting buat pasukan bimbingan Dollah Salleh dan dia dijangka bersama Heo Jae-Won memastikan benteng skuad Tok Gajah tidak dibolosi sepanjang 90 minit perlawanan. PEMAIN TENGAH KIKO INSA, 29 Pemain naturalisasi, Insa akan bersedia untuk memecahkan jentera serangan Kedah. Pemain ini telah memiliki sikap agresif tetapi dia harus kurang melakukan asakan atau terjahan keras bagi mengelak mengutip kad. AHMAD SYAMIM YAHYA, 27 Pemain sayap ini telah berpindah posisi kepada perancang oleh jurulatih, Dollah Salleh dan ternyata pencaturan itu tampak membuat hasil apabila Syamim dilihat memiliki kreaviti untuk membantu jentera serangan Pahang. JOSEPH KALANG TIE, 30 Pakar perampas bola di kawasan tengah permainan. Dia adalah seorang pemain yang tidak kenal erti penat. Kehadiran Kalang Tie bakal memberikan kesukaran buat Kedah. WAN ZAHARULNIZAM ZAKARIA, 28 Wan Zaharulnizam bakal menjadi duri dalam daging buat Kedah. Memiliki kepantasan dan skil tinggi, dia ini mampu memberikan masalah kepada Kedah jika pergerakan tidak dirantai ketat. PENYERANG MAHMADOU SUMAREH, 26 Pemain Gambia serba boleh ini mampu memberikan sumbangan jaringan ketika bermain di posisi penyerang atau sayap. Kebebasannya bergerak daripada satu posisi kepada satu posisi memberikan mimpi ngeri buat Kedah untuk merantai pergerakannya. MATHEUS ALVES, 24 Penyerang Brazil ini adalah penjaring terbanyak Pahang apabila meledak 12 gol. Seorang pemain merbahaya jika diberikan ruang terutama ketika berada di dalam situasi kawasan kotak penalti. PEMAIN TUMPUAN: MAHMADOU SUMAREH Pemain ini adalah senjata sulit buat jurulatih, Dollah Salleh. Seorang pemain yang sentiasa bekerja keras dan menjadi peranan penting ketika Pahang melancarkan serangan. Dia memiliki kelebihan mencipta peluang serta menjaringkan gol. Sumareh telah menjaringkan gol penting termasuk menyingkirkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim dalam aksi suku akhir.