suria

Pogba Penuhi Impian Penyokong Cilik

Samuel (kiri) menghidap penyakit celebral palsy.

PAUL Pogba mungkin bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama Manchester United, tetapi di luar gelanggang dia seorang yang patut dijadikan contoh pemain lain.

Bintang Perancis itu melakukan kejutan pada Khamis apabila menderma ribuan pound sterling untuk membantu peminat cilik United yang menghidap penyakit cerebral palsy menjadi maskot kelab tersebut.

Samuel yang mengalami kesukaran untuk berjalan, akan mengiringi pemain kegemarannya itu masuk ke dalam padang musim depan.

"Pogba mendermakan sejumlah wang yang banyak untuk Samuel menjadi maskot United musim depan," kata penyampai MUTV, Andy Goldstein semasa menyampaikan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Manchester United.

Samuel turut mencuri tumpuan bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli pada Februari lalu.

Balotelli turut berkongsi video pemain cilik itu bertemu Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan David de Gea di laman Instagramnya.

"Anda tahu saya bukan penyokong United tetapi peminat tegar City. Namun video ini mengatasi dunia bola sepak dan amat menakjubkan. Kita ada kuasa dan perlu menggunakannya atas sebab ini," tulis Balotelli.

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Thiem Singkir Nadal

Artikel Lain