MANCHESTER United sedia 'mengorbankan' penyerang mudanya demi mendapatkan pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic pada musim depan. United dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat bintang Croatia itu tetapi masih ada beberapa perbezaan syarat yang dibincangkan oleh kedua-dua kelab tersebut. Menurut portal Independent, bos United, Jose Mourinho sedia melepaskan Anthony Martial memandangkan pemain muda Perancis gagal beraksi cemerlang pada musim kedua bersama United. Anthony Martial Walaupun Mourinho percaya dengan bakat besar Martial, tetapi dia meragui kemampuan pemain berusia 21 tahun itu untuk menyesuaikan diri dengan kaedah permainannya. Malah Mourinho sedia mendengar tawaran terhadap Martial, sekali gus merealisasikan perpindahan Perisic ke Old Trafford. Martial menyertai Manchester United pada 2015 dengan rekod perpindahan pemain remaja paling mahal di dunia. Perisic, 28, dianggarkan bernilai £45 juta tetapi United enggan memenuhi permintaan kelab gergasi Itali itu.