suria

United Lepaskan Ibrahimovic

MANCHESTER United secara rasmi melepaskan Zlatan Ibrahimovic pada Jumaat apabila menamakan penyerang Sweden itu dalam senarai perpindahan secara percuma.

Pemain 35 tahun itu menyertai United dengan kontrak setahun sebelum bermula kempen musim 2016-17 dan memainkan peranan penting dalam kejayaan muncul juara kempen Piala Liga dan Liga Europa.

Dia menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilan sebelum mengalami kecederaan lutut serius pada April yang juga penampilan terakhirnya di Old Trafford.

Melihat kepada tahap kecederaan dan pendapatannya, termasuk gaji asas kira-kira 367,640 pound sterling seminggu menyebabkan United tidak menawarkan kontrak baharu kepada Ibrahimovic.

Nama Ibrahimovic adalah satu-satunya pemain yang tertera dalam senarai pemain yang akan dilepaskan United.

"Kelab Liga Perdana dari musim 2016/17 telah menghantar senarai nama pemain yang akan dikekalkan dan mereka yang akan meninggalkan kelab," kata United dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain