suria

B-22: Kim Swee Guna Semua Pemain Di China

Sesi latihan skuad Bawah 22 Tahun di Guangzhou, China.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Projek SEA, Datuk Ong Kim Swee bakal menukar kesebelasan utama pada aksi bertemu Guangzhou R&F FC pada Selasa.

Selepas tewas nipis 1-0 kepada China B-22, Kim Swee mahu mengenalpasti beberapa lagi pemain lain dalam menghadapi aksi kedua di Guangzhou itu.

"Beberapa lagi pemain akan diketengahkan pada aksi esok. Paling penting siapa yang akan diturunkan nanti pemain-pemain tahu apa corak permainan sendiri.

"Di situ juga, saya akan menilai pemain-pemain sebelum senarai akhir bagi Kelayakan Piala AFC 2018 (Julai ini). Mungkin juga separuh daripada mereka akan turut bermain pada perlawanan persahabatan ketiga nanti," ujar dalam satu rakaman kepada media pada Isnin.

Mengulas mengenai pemain-pemain lawan pada aksi seterusnya, Kim Swee mengakui ia akan memberi cabaran kepada skuad negara.

"Saya dimaklumkan bahawa kelab Guangzhou R&F akan menurunkan pemain-pemain simpanan dari liga mereka termasuk liga super. Saya percaya mereka mempunyai level permainan yang baik dan akan memberi sangan getir, dan kita tidak boleh mengambil mudah serta perlu berusaha untuk menambahbaik dari satu perlawanan ke satu perlawanan," ujarnya lagi.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu berkata, apa yang penting semua pemain perlu kekal fokus ketika perlawanan.

"Pada perlawanan pertama, kita dibolosi gol di awal permainan.

"Konsentrasi amat penting. Apabila gagal dapt gol penyamaan kita selalu berada dalam keadaan tertekan. Saya harap perkara sama tidak berlaku lagi.

"Jika semua pemain mempunyai sikap positif dan ikut arahan seperti yang dilakukan ketika latiha, saya percaya kita mampu mencapai kemenangan pada esok dan seterusnya," kata Kim Swee.

Selain itu, skuad negara bakal berdepan dengan perlawanan persahabatan ketiga bertemu Guangzhou Evergrande FC Khamis ini.

Ong Kim Swee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia