BEKAS pengendali Leicester City, Claudio Ranieri kini bersama skuad Liga 1, Nantes. Jurulatih veteran kelahiran Itali berusia 65 tahun itu merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Leicester City merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim lalu. Nantes mengesahkan perkara itu dan memberitahu Ranieri mengikat kontrak selama dua tahun. Ia merupakan pengalaman kedua Ranieri berada di Perancis selepas AS Monaco pada musim 2012-13. Bagaimanapun Leicester City memecat Ranieri Februari lalu selepas sembilan bulan merangkul trofi liga perdana. Ranieri menggantikan pengurus dari Portugal, Sergio Conceicao yang menyelamatkan Nantes dari zon penyingkiran dan mengakhiri di tangga ketujuh musim ini. Namun Conceicao mengambil keputusan untuk meletak jawatan bersama Nantes selepas menerima tawaran mengambil alih tugas di Porto.