KETUA Eksekutif Juventus Guiseppe Marotta mendedahkan kepada Corriere della Sera bahawa mereka telah menolak tawaran 'sangat besar' dari Chelsea untuk mendapatkan Alex Sandro. "Setakat yang saya boleh beritahu, ini adalah tawaran ketiga yang ditolak, dengan Chelsea dikhabarkan membuat bidaan sebanyak €40 juta, €50 juta dan sekarang €60 juta untuk bek kiri itu. "Chelsea membuat tawaran yang sangat besar untuk Alex Sandro. Kami berkata 'tidak', tetapi hari ini pemain adalah 'tuan' kepada perjalanan hidup mereka," katanya. Kenyataan tersebut seolah-olah bermaksud penolakan itu masih boleh dipertimbangkan. Juventus tidak akan dapat memaksa jika pemain berusia 26 tahun itu memutuskan mahu meninggalkan kelab tersebut. Namun, jika €60 juta tidak membolehkan perjanjian ditandatangani, mungkin perkara itu yang menjadi isu.