BOS Manchester United, Jose Mourinho dilapor sudah sedia melucutkan jawatan kapten daripada Wayne Rooney sekiranya penyerang itu kekal di Old Trafford pada musim depan. Masa depan pemain berusia 31 tahun itu terumbang-ambing selepas gagal mempamerkan aksi berkualiti sepanjang musim lalu dan ramai pihak menganggap Rooney sudah melepasi zaman terbaiknya. Penyerang England itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China atau kembali menyertai Everton memandangkan dia mungkin tidak terlibat dalam perancangan Mourinho pada musim depan. Kini pengendali kelahiran POrtugal itu mula mencari pemain yang layak menggantikan Rooney sebagai kapten dan beberapa pemain telah dikenalpasti berdasarkan prestasi musim lalu. Michael Carrick, Ander Herrera dan Paul Pogba dipercayai tiga calon terbaik yang dipilih oleh Mourinho untuk menggantikan Rooney. Rooney menyertai United sejak 2004 dan dinamakan sebagai kapten oleh bekas pengurus, Loius van Gall pada 2014 selepas Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic meninggalkan United selain persaraan Ryan Giggs. - SUN.uk