suria

Mbappe: Man City 'Sailang' Real Madrid

Kylian Mbappe

PERANG untuk mendapatkan Kylian Mbappe sedang dipergiatkan dengan Manchester City mahu menghentikan langkah Real Madrid untuk mencatatkan rekod dunia bagi mendapatkan bintang Monaco itu.

City telah mengadakan perbincangan dengan pemain sensasi dari Perancis berusia 18 tahun itu dan berusaha mencapai kesepakatan untuk melenyapkan perjanjian rekod dunia £89 juta yang membawa Paul Pogba ke Manchester United tahun lalu.

Madrid pada Selasa dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian enam tahun bernilai £160 juta untuk Mbappe tetapi City enggan menyerah kalah.

City telah selesai dengan urusan perpindahan bernilai £95 juta dengan Monaco musim panas ini untuk mendapatkan Benjamin Mendy dan Bernardo Silva.

Mereka kini telah menghubungi presiden kelab Perancis itu, Vadim Vasilyev untuk memulakan rundingan mengenai Mbappe, yang dinilai sebagai salah satu prospek paling hangat dalam bola sepak dunia.

Madrid akan bersaingan sengit untuk sasaran perpindahan nombor satu mereka dan telah menaikkan tawaran sebanyak £100 juta dalam usaha membawa masuk Mbappe dengan menjual Alvaro Morata ke Chelsea dan Danilo ke City.

Mereka juga telah menghantar James Rodriguez secara pinjaman ke Bayern Munich dan difahamkan satu lagi pilihan yang dipertimbangkan adalah dengan bersetuju Gareth Bale menyertai United.

Sekiranya Madrid berjaya, mereka akan memecahkan rekod perpindahan dunia untuk kali keenam.

Presiden Kelab Florentino Perez cuba menandatangani pemain muda itu pada awal musim panas ini tetapi keluarga dan penasihat Mbappe menolak tawaran tersebut.

Terdapat kebimbangan bahawa dia akan sukar untuk bermain dalam skuad yang ramai pemain bintang, sesuatu yang tidak produktif buat seorang pemain muda sepertinya.

Tetapi dipercayai bahawa pemergian Morata dan Rodriguez telah membantu meyakinkan Mbappe bahawa dia akan memainkan peranan utama di Bernabeu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain