NEWCASTLE mengesahkan telah mengikat penyerang Sepanyol dengan kontrak tiga tahun. Bintang Stoke City, Joselu berpindah ke Newcastle dengan bayaran lima juta pound. Joselu,27, tahun menjadi pemain terbaharu kelab selepas Christian Atsu, Florian Lejeune, Jacob Murphy, Javier Manquillo dan Mikel Merino yang tiba di St James Park. Sebelum ini, Joselu mencatat 27 penampilan bersama Potters selepas ketibaannya pada tahun 2015, malah turut menjaringkan empat gol sebelum dipinjamkan ke Deportivo. Ketika bermain bersama Deportivo, Joselu berjaya menjaringkan lima gol dalam 20 penampilan. "Saya sangat gembira kerana dipilih untuk bersama dengan kelab besar. Teruja menjadi sebahagian daripada keluarga ini. "Saya bersedia untuk mengenali lebih dekat rakan-rakan sepasukan, bandar ini, tempat latihan, satdium dan semua penyokong," jelasnya. Dalam pada itu pengurus kelab, Rafa Benitez berkata: "Kami mengenali Joselu pada hari pertama dia berada di Akademi Real Madrid, dan tahu potensinya. "Sudah tentu pengalaman dalam bola sepak Inggeris dan Liga Perdana yang turut menjadi faktor dia berada di sini."