suria

Skuad Bola Jaring Mara ke Separuh Akhir

Pemain bola jaring Malaysia, An Najwa Azizan (tengah) di asak oleh Pemain Singapura, Chen Lili pada saringan awal acara bola jaringan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara pada Rabu. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia layak ke perlawanan separuh akhir selepas cemerlang menewaskan juara bertahan Singapura dalam acara bola jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Skuad bola jaring Malaysia menewaskan  Singapura 50-37 dan layak ke peringkat separuh akhir dalam acara itu yang diadakan dalam format round robin.

Kemenangan Malaysia adalah kali ketiga berturut-turut selepas  menewaskan Thailand 73-30 pada Isnin dan Brunei 64-27 pada Selasa.

Pengurus skuad Malaysia  Zaiton Ab Ghani berkata kemenangan itu melayakkan pasukannya ke separuh akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Filipina pada Jumaat ini.

"Persembahan terbaik kesemua pemain pada setiap perlawanan menampakkan kematangan mereka membaca rentak pasukan lawan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Juara, Bukit Kiara. 

Lima negara menyertai acara bola jaring pada edisi ke-29 temasya dwitahunan kali ini iaitu Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Terdahulu, skuad bola jaring Brunei menewaskan Filipina 69-32.-Bernama

KL2017, Bola Jaring

Artikel Sebelum

Artikel Berikut