suria

Griezmann Menyesal

ANTOINE Griezmann memberi bayangan bahawa dia akan mempertimbangkan semula tawaran untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu hampir berhijrah ke Old Trafford pada hujung musim lalu bersama dengan rakan baiknya, Paul Pogba.

Malah Griezmann menyifatkan tawaran United sebagai amat lumayan.

Namun larangan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap Atletico Madrid menyebabkan dia memilih untuk kekal bersama pasukan sehingga awal Januari depan.

Kini, Griezmann menyesali keputusan itu apabila memuatnaik posting emoji kecewa di Twitternya.

Ketika pemain berusia 26 tahun itu menunggu aksi pembukaan tirai La Liga bersama Atletico, Pogba sudah menjaringkan beberapa gol bersama United selain turut membantu United mencatatkan kemenangan 4-0.

Romelu Lukaku pula meledak tiga gol dalam dua perlawanan dan amat selesa beraksi di samping Pogba.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain