KUALA LUMPUR: Yeap Wai Kin sekali lagi mengecewakan rakan senegara, Wong Weng Son untuk meraih pingat emas, kali ini menerusi acara qiangshu lelaki di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), pagi Isnin. Wai Kin memperoleh 9.68 mata manakala Weng Son sekadar memunggut 9.65 mata. Ia ada pingat emas kedua buat atlet kelahiran Pulau Pinang itu. Wai Kin memenangi pingat emas acara jianshu pada Ahad.