BARCELONA mencetuskan panik dalam kalangan penyokongnya apabila 'mengumumkan' pembelian pemain Paris St-Germain (PSG), Angel Di Maria menerusi laman sosialnya. Pengumuman itu berbunyi "Selamat Datang Angel Di Maria ke FC Barcelona!" yang disiarkan menerusi laman Facebook dan Twitter pada Rabu. Bagaimanapun tidak lama kemudian, kelab Sepanyol itu mendakwa bahawa akaun sosial kelab tersebut telah digodam. "Akaun Barcelona digodam dan masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin. "Terima kasih atas kesabaran anda," kata kenyataan kelab itu. Kes penggodaman itu berlaku kurang 24 jam selepas Bercelona mengumumkan untuk menyaman bekas pemain mereka, Neymar Jr kerana melanggar kontrak dan berhijrah ke PSG. - The Telegraph