KUALA LUMPUR: Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong mencatat rekod baharu Sukan SEA dengan balingan sejauh 65.90 meter untuk meraih pingat emas. Dia memadamkan rekod terdahulu 65.63m yang dicatat atlet Filipina, Caleb Stuart pada temasya di Singapura dua tahun lalu. Malah atlet kelahiran Sarawak iitu turut merakamkan rekod terbaharu kebangsaan miliknya, 65.34m yang dibuat di Terbuka Korea Selatan Jun lalu.