CHELSEA dilaporkan berminat untuk melantik pengurus baharu dari Jerman. Sport Bild, media Jerman melaporkan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dalam proses membawa Thomas Tuckel ke London bagi menggantikan Antonio Conte. Turut dilaporkan, timbul konflik antara Conte dan jawatankuasa kelab berkaitan dengan bajet pemindahan di Stamford Bridge yang diberikan kepada pengurus itu. Granovskaia merupakan individu yang membawa masuk penyerang Sepanyol Diego Costa yang dibuang Conte musim ini, dan pemain itu mahu berpindah ke Atletico Madrid. Turut dilaporkan hubungan Granovskaia dan Conte agak tegang serta percaya Tuckel adalah orang yang paling sesuai kerana mementingkan pemain-pemain muda. Tuckel menghabiskan masa selama dua tahun di Dortmund, dan meninggalkan kelab itu musim lalu sebaik sahaja menjulang trofi Piala Jerman.