SHANGHAI: Lagenda badminton, Lin Dan (gambar) mengalami 'jet-lag' selepas kembali dari lawatannya ke Eropah dan dia bimbang akan tertidur di atas gelanggang pada Sukan Nasional China. Lin Dan juga mencetuskan tanda tanya status persaraannya dengan mengatakan bahawa ia mungkin kemunculan terakhirnya dalam pertandingan. Diberi jolokan pemain terbaik sepanjang zaman, pemain berusia 33 tahun yang dipanggil 'Super Dan' berada di acara sukan mini Olimpik China selepas tewas pada perlawanan akhir dalam Kejohanan Dunia di Scotland. Selepas gagal memenangi gelaran juara dunia kali keenam pada Ahad di Glasgow, Lin memberi bayangan bahawa perlawanan itu mungkin yang terakhir bagi merebut gelaran juara dunia. Ini mungkin Sukan Nasional terakhir saya. Saya sudah bermain untuk sukan ini selama 20 tahun," kata juara dua kali Olimpik itu. - AFP