BARCELONA mendedahkan Liverpool mahu 183 juta pound untuk melepaskan pemainnya pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup. Liverpool sebelum ini menolak tiga tawaran yang dibuat oleh tiga kelab Sepanyol untuk mendapatkan Philippe Coutinho. "Liverpool meminta 200 juta euro (183 juta pound) dan secara logiknya kami tidak terima," jelas pengarah Barcelona Albert Soler. "Kami berterima kasih kepada pemain di atas usahanya kerana telah menunjukkan minat untuk bersama kami. "Tetapi situasi berakhir dengan tidak ada apa yang mampu kami buat," ujarnya. Barcelona dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain ternama berikutan perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain.