JOSE Mourinho berang dengan tindakan anak didiknya dan mendakwa mereka bermain bola sepak 'Playstation' ketika bertemu Basel dalam siangan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi ini. Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, permainan kesebelasan United mula berubah apabila mereka mendahului 2-0. "Selepas 2-0 semuanya berubah, kami berhenti bermain dengan serius dan berhenti membuat keputusan dengan tepat. "Kami mula bermain bola sepak fastasi atau playstation. Saya tidak suka, banyak helah. "Mereka memperjudikan permainan, pemain sepatutnya menghormati lawan. "Ketika itu kami hilang bentuk permainan asal, hilang kawalan bola dan tewas ketika merebut bola mudah. Saya memang tidak suka, pemain terlalu berehat di atas padang," tegasnya. Mourinho turut mengingatkan bahawa dalam kumpulan sama, CSKA yang ketinggalan 1-0 kepada Benefica telah kembali mencipta kejayaan dengan menewaskan lawan 2-1.