suria

Neymar Tak Jujur!

Neymar. -fotoREUTERS

PERANG mulut antara Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu dan Neymar masih berum reda apabila ketua kelab Catalan itu membidas pemain Brazil tersebut tidak jujur berhubung perpindahan rekod dunianya ke Paris Saint-Germain.

Raksasa Ligue 1, PSG menggegarkan bola sepak dunia apabila membayar klausa pelepasan €222 juta untuk Neymar pada Ogos, menyebabkan Barcelona tidak terdaya untuk menghalang pemergiannya.

Sejak itu Bartomeu dan Neymar sering bertelingkah melalui media, dengan bintang Brazil itu juga melabelkan presiden berusia 54 tahun itu sebagai satu 'bahan lawak' dalam wawancara baru-baru ini.

Kini Bartomeu mengulas sikap Neymar yang kurang jujur ketika mahu berpindah, dengan Barca sebelum ini mengharapkan dia menandatangani perjanjian baharu, bukannya berhijrah ke PSG.

"Kami sangat percayakan mereka (Neymar dan penasihatnya)," kata Bartomeu kepada La2.

"Apabila seorang pemain mahu meninggalkan kelab, dia mesti jujur, seperti yang dilakukan Alexis Sanchez, Pedro atau Cesc Fabregas. Kami tidak akan menganiaya pemain yang tidak gembira."

Katanya, sama seperti Neymar, terdapat juga persoalan mengenai masa depan kapten kelab Andres Iniesta.

Bartomeu mengulangi pendirian bahawa Barca mahu dia kekal bersama kelab, tetapi dia juga sedar bahawa kelab juga perlu memberi peluang kepada Iniesta untuk menentukan masa depannya.

"Dia akan tentukan berapa lama dia mahu kekal," tambah Bartomeu.

"Kami mahu dia kekal bersama kelab dan mempunyai kontrak istimewa, kerana dia berhak membuat keputusan apabila dia mahu pergi.

"Dia adalah inspirasi untuk semua dan simbol apa yang kita semua mahu untuk kelab. Dia bermain dengan baik dan membantu pasukan dan saya fikir dia akan berkata 'ya' kepada kami."

Neymar, Josep Maria Bartomeu

Artikel Sebelum

Welbeck Direhatkan Empat Minggu

Artikel Berikut

Jurgen Klopp Mengaku

Artikel Lain