suria

Lutut Gundogan Hanya Lebam

PEMAIN tengah Manchester City, Ilkay Gundogan disahkan tidak mengalami kecederaan serius susulan pemeriksaan ke atas lutut kirinya.

Gundogan melakukan penampilan pertamanya sejak Disember lalu selepas menjalani pembedahan di lutut kirinya.

Namun dia dilihat berjalan dalam keadan terhincut-hincut sejam selepas City menundukkan West Brom pada aksi pusingan ketiga Piala Carabao, Rabu lalu.

Pemain kebangsaan Jerman itu menjalani pemeriksaan susulan oleh kakitangan perubatan City pada Khamis.

Hasil pemeriksaan itu mendapati lututnya hanya mengalami lebam dan Gundogan akan kembali memperkuat City tidak lama lagi.

"Masih terlalu awal untuk memberikan tempoh masa mengenai ketiadaannya tetapi dia akan kembali berlatih beberapa hari lagi," demikian menurut kenyataan di laman web City.

Gundogan menerusi Twitternya mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan peminat yang peka terhadap kecederaannya.

"Saya amat gembira untuk beritahu anda bahawa tiada apa yang serius dan saya akan kembali ke padang dalam masa terdekat," tulisnya.

Pemain itu tidak akan diturunkan ketika menentang Crystal Palace Sabtu ini dan aksi Liga Juara-Juara bertemu Shakhtar Donetsk pada Selasa.

Namun dia mungkin kembali memperkuat City ketika berkunjung ke Chelsea pada 30 September ini.

Ilkay Gundogan

Artikel Sebelum

Bakayoko Ok - Rakan

Artikel Berikut

Chelsea Setuju Lepaskan Costa

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan