SADIO Mane percaya Liverpool mampu menewaskan mana-mana pasukan untuk kembali merebut Liga Perdana Inggeirs musim ini. Penyerang Senegal yang digantung tiga perlawanan kerana menggasari pemain lawan baru-baru ini melahirkan keyakinan berdasarkan karektor yang dimiliki Liverpool. Menurutnya, walaupun tewas dan seri selepas berjaya membenam Arsenal 4-0 di laman sendiri, namun pemain Liverpool belum kecewa dengan aksi mereka. "Kekalahan memang aka berlaku dalam bola sepak. Tetapi akan memiliki sebuah pasukan yang hebat dengan kualiti yang terbaik untuk bangun mencabar. "Kami akan terus berusaha untuk menang perlawanan selepas ini dan merebut piala liga," katanya kepada ESPN. Selain itu, Mane memberitahu, tindakan Liverpool mengekalkan Philippe Coutinho adalah keputusan bijak. "Dia bukan sahaja penting untuk saya tetapi menjadi keutamaan kelab. Dia seorang daripada pemain terbaik. "Kami gembira melihat dia kekal kerana dia adalah pemain penting Liverpool," jelasnya.