suria

Keluarga Sempurna Ronaldo

BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo berkongsi gambar terbaharu kekasihnya, Georgina Rodriquez bersama tiga anaknya di Instagram.

Dalam gambar itu, Rodriquez dilihat sedang duduk sambil memangku bayi kembar, Mateo dan Eva, ditemani anak sulung pemain Portugal itu, Cristiano Jr di sebuah taman.

"Picture of the day," tulis Ronaldo sambil disertakan dengan simbol cinta di laman Instagramnya.

Gambar tersebut mendapat kira-kira 3.8 juta like di kalangan pengikutnya.

Rodriquez dilaporkan sedang hamil anak pertama mereka.

Pada Ogos lalu, model berusia 23 tahun itu secara terbuka berkongsi cerita mengenai keterujaannya bergelar ibu dengan majalah Hola!.

"Saya amat mementingkan keluarga dan sukakan kanak-kanak," kata Rodriquez.

Ronaldo dan Rodriquez mengesahkan hubungan percintaan mereka apabila semasa berjalan di atas karpet merah ketika majlis Anugerah Pemain Terbaik FIFA, Januari lalu.

Selepas mengumumkan Rodriquez sedang hamil anak mereka pada Julai lalu, akhbar Sepanyol, El Mundo bertanya kepada Ronaldo sama ada dia gembira untuk menimang cahaya mata keempat.

"Ya, ya," kata Ronaldo.

Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Lain