WAYNE Rooney mula menjalani denda dengan kerja kemasyarakatan mengecat tempat duduk orang cacat berdekatan dengan rumahnya. Penyerang Everton itu diarahkan menjalani hukuman denda 100 jam tanpa bayaran selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk. Dia menjalanin dendanya itu kurang tiga batu dari kediamannya yang bernilai 6 juta pound di Prestbury, Cheshire. Bulan lalu, Rooney ditahan polis pukul 2 pagi selepas lampu belakang keretanya tidak menyala. Dia diuji ujian pernafasan alkohol dan didapati melebihi had yang dibenarkan. Ketika insiden itu, Rooney dikatakan dalam perjalanan menghantar pulang seorang wanita yang dikenali di kelab, Laura Simpson.