suria

Kalah Lagi, Apa Kata Conte?

Antonio Conte. -fotoREUTERS

ANTONIO Conte berkata Chelsea perlu menunjukkan lebih 'keperibadian' ketika turun menentang Crystal Palace malam Sabtu.

The Blues mengalami kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini di bawah Conte.

Chelsea kini berada sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City selepas lapan perlawanan.

Gol sendiri Cesar Azpilicueta dan gol penamat Wilfried Zaha menyaksikan The Blues tewas di Selhurst Park.

Mengulas kekalahan ini, Conte berkata Chelsea perlu menunjukkan semangat juang yang lebih tinggi melawan Palace.

"Perlawanan hari ini adalah sukar bagi kami. Permulaan kami begitu buruk," kata Conte.

"Kami sepatutnya bermula dengan menunjukkan sikap dan keperibadian yang lebih.

"Dalam masa yang sama kami perlu menaikkan semangat untuk bertarung.

"Musim ini kami perlu meletakkan 150 peratus tumpuan kerana laluannya sangat sukar.

"Keseimbangan adalah sangat penting jika anda mahu menang, dan hari ini keseimbangan kami teruk.

"Mereka bermain dengan cukup hebat dan turun untuk berjuang."

Pengurus Palace Roy Hodgson menambah: "Ia benar-benar perlawanan yang menyeronokkan.

"Saya baru saja berkata kepada para pemain bahawa mereka berhak meraikan kemenangan itu, kerana kami berdepan juara England tetapi turun padang dan mendapat kemenangan.

"Kami mencipta peluang, menjaringkan gol dan pertahanan kami baik dari mula hingga akhir. Untuk persembahan sepenuh hati seperti itu saya rasa kami layak mendapat banyak pujian," katanya.

Chelsea akan kembali beraksi pada malam Rabu menentang Roma di Liga Juara-Juara di Stamford Bridge. -dailystarUK

Antonio Conte, Roy Hodgson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain