KRISIS kekurangan pemain tengah yang melanda Machester United dapat diatasi jika pemain yang dipinjamkan kembali memperkuat skuad Jose Mourinho. Setakat ini, Andreas Pereira sedia untuk kembali membantu United sekiranya dipanggil oleh Mourinho namun dia tetap akur dengan kontrak yang ada. Pemain tengah berusia 21 tahun itu dipinjamkan kepada Valencia walaupun mempamerkan aksi memberangsangkan ketika perlawanan pramusim. Sepanjang bersama Velencia, pemain berkenaan berjaya menjaringkan satu gol selain aksi yang membuatkan Valencia ingin mendapatkan khidmatnya secara tetap. "Apabila tandatangan kontrak (bersama Valencia), saya faham apa yang perlu dipatuhi. Saya akan fokus bersama Valencia. "Tapi jika mereka (United) ingin saya pulang, saya akan kembali kerana saya juga tidak mahu beraksi di sini untuk sepanjang musim. "Setakat sekarang mereka belum hubungi saya, saya akan bersabar," katanya.