suria

Pemain Wanita QPR Dakwa Cuba Dirogol Pemain EPL

Alexandra Nord.

SEORANG pemain bola sepak wanita profesional mendakwa cuba dirogol seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah berkahwin semasa berada di sebuah hotel di London, lima tahun lalu.

Alexandra Nord, penyerang untuk pasukan wanita QPR berkata, semasa tersedar dari mabuk dia mendapati lelaki tersebut dalam keadaan berbogel dan pakaiannya sudah ditanggalkan.

Gadis berusia 25 tahun itu mendakwa dia bertemu dengan pemain tersebut di sebuah kelab malam di Mayfair, London.

Jelas pemain kelahiran Sweden itu, dia pergi ke sebuah hotel di Selatan Kensington, London bersama dengan lelaki tersebut semasa dalam keadaan mabuk.

Namun Nord mendakwa pemain terbabit cuba untuk melakukan hubungan seksual tanpa persetujuannya.

Nord yang tidak tersenarai dalam skuad wanita QPR kerana bergelut dengan kecederaan membuat pengakuan tersebut di dalam blog miliknya.

Dakwanya, dia pernah bertemu dengan pemain tersebut dalam beberapa majlis di kelab malam yang sama sebelum dipujuk untuk balik bersamanya ke sebuah hotel.

Nord memberitahu pemain tersebut turut membayar bilik hotel yang didiami mereka.

Ketika itu, Nord berkata dia baharu sahaja berusia 19 tahun.

Nord mendakwa selepas insiden itu, pengurus pemain tersebut ada menghubunginya supaya merahsiakan perkara berkenaan.

"Pengurus itu beritahu saya ia akan menjejaskan karier pemain itu. Malah dia juga ada isteri yang sedang sarat mengandung," kata Nord.

Malu dengan insiden itu, Nord mengakui dia mengambil masa selama dua tahun untuk mendedahkan mimpi ngeri tersebut.

"Saya memilih untuk bersuara kerana saya mahu membangkitkan isu ini.

"Apa yang membuatkan anda berfikir perlakuan itu ok? Kejahilan? Atau adakah ia isu budaya? Namun ia tidak boleh jadi kerana ia berlaku di mana-mana sahaja," kata Nord.

Nord bagaimanapun tidak melaporkan insiden itu kepada Scotland Yard.

rogol, QPR, EPL

Artikel Sebelum

Rooney ‘Shrek’, Kata Simpson

Artikel Berikut

Artikel Lain