SKANDAL Wayne Rooney, Laura Simpson menggelar bintang Everton itu sebagai Shrek, watak kartun animasi makhluk berwarna hijau yang bertubuh raksasa. Komen tersebut ditulis Simpson menerusi Twitternya selepas ditanya mengenai kontroversinya bersama Rooney awal tahun ini. Simpson, 29, muncul dalam rancangan TV, This Morning untuk berkongsi cerita mengenai hubungannya dengan Rooney sehingga mengakibatkan dia ditahan polis kerana bertindak di luar batasan. Kedua-duanya bertemu di sebuah kelab malam dan Rooney, 31, ditahan memandu kereta milik wanita itu dalam keadaan mabuk. Akibatnya, Rooney tidak dibenarkan memandu selama dua tahun dan didenda 320,000 pound sterling oleh Everton. Simpson dilaporkan telah memadam komen tersebut di Twitternya. Malah dia mendakwa tweet tersebut turut ditulis seorang rakannya. Sementara itu, isteri Rooney, Coleen dilaporkan sedang bercuti di Hotel Sandy Lane. Sumber memberitahu The Sun bahawa Coleen masih lagi marah dengan bekas pemain Manchester United itu. "Namun dia (Coleen) enggan meninggalkan Rooney seorang diri di rumah kerana dia tidak mempercayainya. Namun dia juga tidak mahu bercuti bersamanya," kata sumber itu.