suria

Mendy Beri Pep Syarat Sebelum Setuju Dibedah

-fotoAFP

BENJAMIN Mendy berdepan situasi sukar sebelum membuat keputusan untuk bersetuju menjalani pembedahan lututnya yang cedera.

Sebelum keputusan itu dibuat, dia telah meletakkan satu syarat kepada pengurusnya Pep Guardiola.

Menyedari dia perlu berehat panjang selepas pembedahan, Mendy mahu Guardiola memberi jaminan tentang kedudukan City apabila dia kembali.

Menulis dalam kolum bulanan barunya dengan Times, Mendy mendedahkan dia bersetuju untuk menjalani pembedahan lutut apabila Guardiola berjanji untuk membawa kelabnya layak peringkat tertinggi Liga Juara-Juara.

"Selepas mendapat keputusan, saya beritahu Pep bahawa saya hanya akan menjalani pembedahan jika dia berjanji City akan berada di separuh akhir Liga Juara-juara apabila saya kembali.

"Itulah tempat pertemuan kami. Di situlah kami akan bertemu semula," tulis Mendy.

"Saya berlatih tujuh hari seminggu kerana saya mahu kembali secepat mungkin," kata pilihan utama di posisi bek kiri ini.

Mendy mendapat mimpi buruk pada perlawanan menentang Crystal Palace bulan lalu yang mana City menang 5-0.

Setakat ini City menunjukkan persembahan memberangsangkan dengan rekod tanpa kalah.

City kini menguasai carta liga dengan 25 mata dan juga berada di puncak dalam kumpulan Liga Juara-Juara.

Jika melihat prestasi kelab ini, peluang City ke separuh akhir Liga Juara-Juara adalah cerah.

"Saya ingin cergas secepat mungkin. Saya mahu bermain di Liga Perdana, Piala Liga Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA dan saya mahu sangat bermain di Piala Dunia." -dailymailUK

Benjamin Mendy, Pep Guardiola

Artikel Lain