PENYERANG Chelsea Alvaro Morata mendedahkan bahawa dia mempunyai banyak perancangan sepanjang berada di London dan salah satunya berkunjung ke restoran ayam panggang Nando's. Pemain Sepanyol itu menyerlah di Stamford Bridge dengan menjaringkan tujuh gol dalam tujuh penampilannya dengan The Blues selepas perpindahan £65 juta dari Real Madrid. Tetapi dia baru-baru ini terpaksa membuat penjelasan tentang kenyataan yang dibuatnya dengan sebuah akhbar Itali bahawa dia 'tidak melihat dirinya dapat kekal lama di London kerana bandar itu terlalu besar dan penuh tekanan'. Dia menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya itu bermaksud dia lebih suka kembali ke tanah airnya apabila telah bersara. -fotoNando's Bercakap secara eksklusif dalam majalah FourFourTwo edisi 2017, pemain berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa dia dan isterinya Alice gembira menikmati kehidupan di London setakat ini dan berhasrat mencuba hidangan ayam terbaik di Britain seperti yang dicadangkan rakan sepasukannya. "Mereka asyik bercakap tentang Nando's," kata penyerang antarabangsa Sepanyol itu sambil ketawa. "Jadi kami akan mencubanya sendiri dan mengenal pasti mengapa ia begitu menjadi bualan ramai. "Banyak tempat yang saya mahu lawati di London. Kami telah berjalan-jalan sekitar kedai dan menyewa basikal untuk bersiar di Hyde Park. "Ia benar-benar santai dan sangat cantik. Mungkin seterusnya kami akan melihat Istana Buckingham dan keluarga diraja. "Cuacanya agak baik. Anda cuma perlu pakai baju tebal ke mana sahaja anda pergi dan kadang-kadang krim matahari!" -FFT