REAL Madrid, Barcelona dan satu lagi kelab gergasi dilaporkan sedang bersaing untuk mendapatkan pemain dari Brazil Philippe Coutinho. Pemain Liverpool itu gagal dalam usahanya untuk berpindah ke Nou Camp pada musim panas ini walaupun menyerahkan sendiri permintaan untuk meninggalkan kelab tersebut. Dia juga dikhabarkan menerima tawaran £105 juta dari Barcelona pada Ogos. Bagaimanapun Jurgen Klopp dan pengurusan tertinggi Anfield kekal dengan pendirian mereka untuk tidak menjual Coutinho, tetapi pemain tengah itu nampaknya masih berminat untuk angkat kaki dari Merseyside. Menurut laporan Mundo Deportivo, dia boleh memilih mana-mana kelab itu yang disukainya. Real dikatakan telah berhubung dengan Liverpool untuk membincangkan situasi Coutinho, tetapi lebih suka perpindahan dimuktamadkan pada musim panas depan, bukannya pada Januari. Setakat ini Coutinho telah menjaringkan empat gol untuk pasukannya dan melakukan tiga assist. Situasi ini membuatkan Barcelona dilihat mungkin terpaksa meningkatkan tawaran sehingga €150 juta atau lebih untuk mendapatkan khidmat Coutinho dalam jendela perpindahan musim sejuk. Paris Saint-Germain juga sedang memantau keadaan ini, tetapi Coutinho didakwa masih mahu berpindah ke kelab Sepanyol. Dengan Angel Di Maria dan Julian Draxler dijangka bakal meninggalkan kelab pada musim panas akan datang, mereka perlu mencari pemain penyerang dan bermain bersama Neymar dan striker muda, Kylian Mbappe. -dailymailUK