suria

Bekas Pemain EPL Meninggal Dunia

BEKAS pemain Stoke City, Dionatan Teixeira meninggal dunia pada usia 25 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Pemain pertahanan itu pernah menyertai The Potters pada 2014 tetapi hanya melakukan dua penampilan selepas bergelut dengan masalah kecederaan.

Dia menyertai kelab Sheriff Tiraspol selepas meninggalkan Stoke selain turut dipinjamkan ke Fletwood Town.

"Beberapa jam lalu, seorang lelaki baik dan pemain hebat, bekas pemain FC Sheriff, Dionatan Teixeira meninggal dunia.

"Pemain pertahanan Brazil itu baru sahaja berusia 25 tahun. Seluruh kelab amat terkejut dengan berita tragik ini. Kehilangannya amat dirasai.

"Dia akan sentiasa dikenang," demikian menurut kenyataan dikeluarkan kelab Sheriff Tiraspol.

Pada masa sama, Stoke City turut mengucapkan takziah kepada Teixeira.

"Kami di Stoke City turut berkongsi perasaan sedih dengan keluarga dan rakan-rakannya," demikian menurut kenyataan tersebut.

Teixeira dilaporkan tidak sihat semasa berada di Brazil dan disahkan meninggal dunia pada Ahad akibat serangan jantung. 

Stoke City, Dionatan Teixeira

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Conte Tidak Tahu Masa Depan Luiz

Artikel Lain