PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich membuat kejutan apabila menjemput Jose Mourinho makan malam bersama selepas pertembungan antara The Blues dan Manchester United, Ahad. Anak buah Mourinho bertandang ke Stamford Bridge dalam usaha memburu tiga mata penuh ke atas pasukan tuan rumah dengan memanfaatkan prestasi tidak menentu Chelsea sejak akhir-akhir ini. Namun Chelsea berjaya menang tipis 1-0 ke atas United. Mourinho pernah mengemudi Chelsea dengan menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan tiga Piala Liga. Pengurus Chelsea, Antonio Conte pula yang kedudukannya masih samar berjaya membantu pasukan itu memenangi trofi EPL musim lalu. Namun mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City musim ini. Menurut The Sun, tidak dapat dipastikan sama ada Mourinho menerima jemputan itu. Bagaimanapun, pengendali dari Portugal itu pada tahun lalu menyifatkan Abramovich tidak pernah menjadi rakannya tetapi hubungan mereka sekadar pemilik dengan bekas pengurus. "Kami menghormati satu sama lain tetapi kami tidak rapat," katanya.