ANTONIO Conte berkata penghormatan 'di luar padang' tidak penting ketika cuba menjelaskan kegagalannya untuk bersalaman dengan Jose Mourinho. Pengurus Chelsea itu memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam tradisi pasca perlawanan, walaupun pengurus Manchester United itu menunggunya di terowong masuk. Sebaliknya Conte meraikan kejayaan pasukannya dengan peminat dan kemudian terus menuju ke padang. -fotoGetty Selepas perlawanan itu Mourinho berkata: "Dia lesap. Jadi saya berjabat dengan pembantunya yang bagi saya, pada dasarnya sama saja." Apabila ditanya tentang situasi itu, Conte berkata: "Ia tidak penting. Yang penting adalah menang perlawanan. "Anda perlu mempunyai rasa hormat di padang, bukan di luar padang." Sebelum perlawanan, pengurus dari Itali mengakui bahawa dia dan Mourinho 'bukan kawan'. Kemenangan Chelsea ini membuatkan mereka kekal di tempat keempat tetapi hanya satu mata ketinggalan di bawah United dan Tottenham Hotspur (23 mata). Manchester City kekal di puncak liga dengan 31 mata. -metroUK