suria

Azizulhasni Gagal Ke Final Keirin Piala Dunia

Azizulhasni.

KUALA LUMPUR: Pelumbal trek elit negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal mara ke peringkat akhir pada siri kedua Kejohanan Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Manchester, England, pada lewat Ahad (awal Isnin waktu Malaysia).

Pelumba CIMB Pro Cycling Team itu sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 12 pelumba pada aksi separuh akhir dengan catatan masa 10.785s, demikian menurut laman sesawang UCI; www.uci.ch.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula gagal melangkah ke pusingan kedua setelah menduduki tempat ketiga pada saringan ketiga pusingan pertama pada kejohanan yang berlangsung di HSBC United Kingdom National Cycling Centre.

Hanya dua pelumba terbaik daripada setiap empat saringan, layak secara automatik ke pusingan kedua. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Status Zahasmi: Apa Kata Bibi?

Artikel Lain