suria

City Tak Bimbang!

SERGIO Aguero akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan di Manchester City selepas rebah di bilik persalinan ketika memperkuat Argentina menentang Nigeria, awal pagi Rabu.

Buat masa ini City tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatan penjaring terbanyak itu dan tidak berhasrat mengetepikannya ketika bertemu Leicester, Sabtu ini.

Keadaan kesihatan Aguero akan dipantau City sebaik sahaja dia kembali ke Manchester selepas beberapa jam dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Rusia.

Persekutuan Bola Sepak Argentina berkata Aguero pengsan ketika rehat semasa pasukan itu tewas 2-4 di tangan Nigeria dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Krasnodar.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol selepas minit ke-36 tetapi tidak diturunkan pada babak kedua.

"Sergio Aguero dibenarkan doktor untuk kembali ke Manchester selepas mengadu pening setelah tamat babak pertama aksi persahabatan itu," kata Manchester City dalam satu kenyataan di laman webnya.

Pada 29 September lalu, Aguero 'mengalami kecederaan' selepas kemalangan kereta di Belanda.

Menurut akhbar Argentina, Dirio Ole, Aguero berada di Belanda untuk menonton konsert penyanyi Colombia, Maluma dan menaiki teksi yang kemudian hilang kawalan lalu merempuh tiang.

Aguero, 29, dikatakan memakai tali pinggang keledar tetapi impak kemalangan menyebabkan dia retak tulang rusuk.

Sergio Aguero

Artikel Sebelum

Sesiapa Pun Boleh...

Artikel Berikut

Artikel Lain