suria

Gagal Dapat Perisic, Soler Pula Jadi Buruan

Carlos Soler.

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho telah menyenarai pendek pemain sasaran pada Januari depan.

Malah, pengendali kelahiran Portugal itu mahu mendapatkan khidmat pemain Valencia, Carlos Soler.

Mourinho tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk mengikat empat pemain pada musim panas lalu tetapi hanya berjaya membawa masuk tiga ke Old Trafford tanpa Ivan Perisic.

Jentera serangan United masih belum cukup kuat terutamanya dengan ketiadaan Paul Pogba.

Terbaharu The Independent mendakwa Mourinho begitu terdesak untuk mengikat Soler bagi menyelesaikan masalah di bahagian tersebut.

Pemain berusia 20 tahun itu menyerlah bersama skuad utama Valencia dan banyak mencipta beberapa peluang kreatif di hadapan gawang.

Menurut laporan, Soler dianggarkan bernilai 40 juta pound sterling, harga yang agak mahal untuk seorang pemain yang hanya melakukan penampilan bersama skuad utama 11 bulan lalu.

Namun nilai perpindahan itu boleh diimbangi dengan pemain tengah United, Andreas Pereira yang kini dipinjamkan ke Mestalla dengan harapan dia mahu terus kekal di sana.

Harapan United untuk mendapatkan Soler mungkin sukar ditolak Valencia yang bergelut dengan masalah kewangan ketika ini.

Carlos Soler, Manchester United

Artikel Sebelum

City Tak Bimbang!

Artikel Berikut

Artikel Lain