CHRISTIAN Eriksen menjaringkan hatrik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Ireland dengan kemenangan 5-1 di Stadium Aviva awal pagi Rabu. Perlawanan timbal balik itu disifatkan langsung tidak seperti aksi kedua-dua pasukan pada pusingan pertama. Pada awalnya, Ireland mempunyai peluang tinggi untuk menguasai perlawananan yang mana Daryl Murphy dan James McClean hampir-hampir melakukannya. Ireland berjaya menjaringkan gol sulung pada minit keenam selepas Shane Duffy menyumbatkan gol antarabangsa keduanya kerana Denmark mensia-siakan tendangan percuma. Tetapi, Denmark bangkit menjaringkan gol dua kali dalam tiga minit babak pertama menerusi Cyrus Christie dan Eriksen. Eriksen berkata: "Ia satu perasaan yang menakjubkan. Kami sudah berjuang terlalu lama untuk menyertai Piala Dunia. "Tidak sabar untuk menghadapinya. Bukan selalu saya menjaringkan hatrik, sudah tentu sangat menakjubkan. "Saya masih ingat perasaan gementar sepanjang malam. Bila kami dapat sahaja bola, kami bermain dengan bersungguh-sungguh berbanding pusingan pertama," kata pemain itu. - BBC