CHELSEA dilapor sedang merancang untuk menjual bintangnya yang lincah bagi membawa masuk Lucas Moura pada Januari ini. Daily Mail melaporkan, kelab kendalian Antonio Conte sedia melepaskan Willian bagi membawa pemain Paris Saint-Germain itu ke Stamford Bridge (PSG). Willian, 26, telah membuat 141 penampilan untuk The Blues sejak 2013, namun emain Brazil itu telah diketepikan oleh Conte sejak musim lalu. Chelsea didakwa membuat keputusan untuk menjual Willian selepas PSG mendedah akan melepaskan Moura pada jendela pemindahan akan datang. Le10Sport mendakwa, Chelsea merancang untuk melepaskan Willian dengan harga yang tinggi dan mendapatkan Moura dengan nilai £27 juta. Moura hanya membuat lima penampilan bersama PSG pada musim ini dan semakin diketepikan akibat kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe.