DIEGO Maradona mahu kembali menguruskan pasukan Argentina. Maradona dipercayai menghubungi Persatuan Bola Sepak Argentina meminta mereka supaya jawatan pengurus diberikan kepadanya. Bekas pemain tengah La Albiceleste itu mendakwa jurulatih Jorge Sampaoli telah membuang jauh nilai prestij pasukan selepas Argentina tewas 4-2 kepada Nigeria dalam siri perlawanan persahabatan kedua awal pagi Rabu. Argentina sudah menempah tiket ke final Piala Dunia di Rusia 2018. Maradona mendakwa sudah tiba masanya Sampaoli meningggalkan pasukan malah sekarang masa yang sesuai untuk menggantikannya berdasarkan pencapaiannya. Statistik menunjukkan pencapaian kemenangan MAradona sebanyak 75 peratus di antara 2008 dan 2010 ketika bergelar jurulatih Argentina sekaligus menjadikan dia sebagai pengurus terbaik selepas zaman pengurusan Luis Menotti pada tahun 1960-an. Di laman Instagramnya, Maradona menulis: "Siapa menang lebih banyak? Buat kesimpulan anda sendiri, tetapi ia bukan kesilapan pemain. "Saya mahukannya kembali."