PENGURUS Jerman, Joachim Low turut simpati apabila Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018. Low percaya pasti akan merasai 'kehilangan' tanpa kehadiran Itali. Malah Low turut memuji pemain Daniele De Rossi yang enggan keluar ketika kedudukan seri tanpa gol dengan Sweden kerana percaya perlu ada seorang lagi penyerang di padang. Keputusan tanpa gol di San Siro itu menyaksikan Itali tersingkir selepas tewas 1-0 ketika pusingan pertama di Stockholm sebelum ini. Ia menyaksikan Itali buat kali pertama gagal ke Piala Dunia sejak tahun 1958. "Kita tidak boleh mengatasi keputusan seri kerana apa sahaja boleh berlaku. Dalam kes Itali ini, saya mengucapkan tahniah kepada Sweden. Saya tengok perlawanan tersebut, pertahanan dan permainan mereka sangat bagus. "Tetapi saya turut bersimpati dengan Itali kerana ia perlawanan besar. Memalukan. "Jika Jerman atau Perancis atau Brazil mahu pun Argentina serta Itali gagal layak, bagi saya ia sesuatu kehilangan. "Saya juga kecewa kerana Chile turut tersingkir. Bagi Itali, ia sebagai tempoh untuk memulakan sesuatu yang baharu. Sesetangah pemain bakal menamatkan kariernya. "Saya sangat menghormati sesetengah pemain yang bukan sahaja bermain untuk Juventus tetapi juga mereka beraksi buat negara. "Terutamanya Gianluigi Buffon. Leonardo Bonucci, juga Daniele De Rossi dan lain-lain. Ia adalah kelas sebenar," ujar Low.